Dialog yang di anjurkan oleh persatuan Penduduk Taman tersebut adalah bagi menyelesaikan masalah pemaju perumahan yang tidak membina rumah mereka seperti yang telah di janjikan.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk, Saudara Zul, rata-rata penghuni di taman tersebut telah mulai mendiami rumah masing-masing, 3 bulan yang lepas selepas mendapat kunci rumah masing-masing.
Apa yang mereka kesalkan ialah banyaknya perkara-perkara yang telah di janjikan oleh pemaju perumahan tersebut iaitu SPS SETIA Sdn Bhd tetapi tidak di laksanakan seperti kitchen kabinet yang pendek, tiada "partition" di antara ruang tamu dengan dapur serta tiada lampu jalan.
Selain dari itu, beberapa rumah telah mengalami keretakan pada dinding di samping kolam takungan najis melimpah ketika hujan lebat serta tiada taman permainan seperti yang di janjikan.
Turut hadir ialah wakil ketua kampung, AJK JKK Kampung Jalan Kebun dan AJK MPP Zon 11.
Taman Amir Syafiqah merupakan taman terbaru di diami di Kampung Jalan Kebun yang terletak bersebelahan Taman Alam Permai dan Taman Malindo berdekatan kubur barat Kampung Jalan Kebun. _Izha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.