Kampung Jalan Kebun 11 Mac - YB Tuan Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda mengumumkan bahawa sebuah pusat dialisis rakyat akan di bina di Jalan Kebun yang akan beroperasi selewat-lewatnya pertengahan April 2010 ini.
Beliau yang turut menghadiri mesyuarat bulanan JKKK Kampung Jalan Kebun itu semalam, memaklumkan bahawa projek tersebut merupakan pertama yang seumpamanya di Negeri Selangor sebelum ianya di kembangkan ke kesemua 56 DUN.
Menurut beliau, program pusat dialisis rakyat ini merupakan salah satu program terbaru Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang bertujuan membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan.
Buat permulaan, 5 unit mesin dialisis akan di gunakan di pusat tersebut sebelum di tambah 5 unit lagi apabila keadaan memerlukan dan dengan adanya pusat tersebut, mereka yang tidak berkemampuan akan mendapat perkhidmatan dari pusat tersebut dengan harga termampu yang jauh lebih murah, tambah beliau.
Pusat tersebut di jangka akan di rasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Menteri Besar pada Jun yang akan datang. _Izha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.