MCSB yang di wakili oleh En. Ng, Pengurus Besar dan Encik Khairul, Pengurus Projek, merupakan kontraktor yang di lantik oleh pemaju Taman Putera 2, IOI Berhad, bagi melakukan kerja menurap tanah merah di tapak projek taman tersebut.
Wakil penduduk Kampung Baru 2 telah di ketuai oleh Ustaz Yahya Abdullah, Ketua Kariah bersama beberapa AJK kariahnya.
Turut hadir ialah YB Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan wakil Ketua Kampung Jalan Kebun.
Di akhir perbincangan, MCSB telah menarik balik permohonan tersebut dan mengambil keputusan untuk menggunakan laluan Jalan Johan Setia untuk masuk ke kawasan tapak projek tersebut. _izha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.