Penghakiman Pertandingan Semangat Kemerdekaan Kampung Jalan Kebun

Kg Jalan Kebun, 17 Sept 2017 - Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan Malaysia kali yang ke 60, pertandingan semangat Kemerdekaan peringkat Kampung Jalan Kebun 2017 telah di anjurkan oleh JKKK Jalan Kebun dengan kerjasama MPP Zon 11 dan Pejabat DUN Sri Muda mulai pertengahan Ogos yang lepas. Kategori yang di pertandingkan ialah rumah tradisi, rumah moden, premis perniagaan dan lorong-lorong.  
Pertandingan tersebut mensyaratkan agar rumah, premis perniagaan atau lorong-lorong di hias dengan hiasan yang mencerminkan semangat kemerdekaan negara. 
Semalam, majlis penghakiman pertandingan tersebut telah di adakan yang mana juri-jurinya adalah terdiri dari Datuk Penghulu Tuan Azharudin Abdul Rahman, Datuk Ketua Kampung Hj Solehan Bin Hj Tahir, nazir Masjid AnNaim Tuan Hj Samsudin Shaari dan nazir Masjid AlFalah Ustaz Haji Shahrin Jaroni. 






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.