Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Maal Hijrah 1439H

Kg Jalan Kebun, 24 Sept 2017 - Sempena Bulan Kemerdekaan 2017 dan Sambutan Maal Hijrah 1439H, satu majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Maal hIjrah 1439H telah di adakan di sini semalam. 
Majlis di mulakan dengan perarakan oleh  pasukan perbarisan dari 8 kariah dan pertubuhan yang berarak dari masjid AnNaim menuju ke padang rakyat.  
Bagi menyerikan majlis tersebut,  Penghulu Mukim Jalan Kebun En Azharuddin Abdul Rahman telah deklamasi sajak kemerdekaan. Selanjutnya artis jemputan Wak Mustar dan Fazdli Far East telah menyerikan majlis tersebut dengan mempersembahkan beberapa buah lagu. 
Pada malam tersebut, satu majlis penyerahan bendera kampung telah di buat kepada wakil-wakil qariah. Dan pelancaran lagu kampung Jalan Kebun telah di buat dengan rasminya.
Majlis di tutup dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pasukan perarakan, basikal berhias dan pertandingan semangat kemerdekaan kategori rumah, premis perniagaan dan lorong-lorong.







































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.