Majlis Penjurian Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017

Kg Jalan Kebun, 16 Ogos 2017-  Majlis Penjurian Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017 bagi Kampung Jalan Kebun telah di adakan di Dewan JKKK Kampung Jalan Kebun semalam. Juri penghakiman telah di sambut dengan perarakan bunga manggar dan paluan kompang serta di serikan dengan persembahan silat dan pertunjukan Muay Thai.
Taklimat berkaitan kampung disampaikan oleh Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK untuk dinilai oleh 8 orang juri penghakiman.
Selesai taklimat, delegasi penjurian Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik 2017 yang diketuai oleh Pegawai Daerah Klang Tn Hj Zainal bin Mohd Nor telah di bawa melawat ke lokasi-lokasi aktiviti menarik di sekitar Kampung Jalan Kebun. Turut serta YB Hj Shuhaimi Shafiee, para juri pertandingan dan jawatankuasa JKKK Jalan Kebun.
Kunjungan pertama ialah ke Homestay D7 di Kg Baru 1, Pusat Latihan Muay Thai di Lorong Abdullah, pusat penternakan ayam aircon di Lorong Hj Shoeib dan Dewan Pelet Komuniti di Taman Tanjung Api-Api di Lorong Universiti. 
Lawatan delegasi penjurian pertandingan di teruskan ke kediaman pengusaha pertanian teknik Aquaponic di Taman Universiti dan pengusaha pembuatan model kereta mini di Lorong Hj Saim/Bani. Lawatan delegasi penjurian pertandingan berakhir di pusat tanaman pokok buah tin sebelum di jamu makan tengahari di restoran Warung Imam Muda di Jalan Haji Husin.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.