Kampung Jalan Kebun Johan Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017.

Klang, 25 Ogos 2017Kampung Jalan Kebun dinobatkan Johan Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017. Anugerah disampaikan oleh Ybhg. Tn Hj Mohd Zainal bin Mohd Nor, Pegawai Daerah Klang di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Klang di sini semalam.
Dengan kemenangan tersebut pihak JKKK Kg Jalan Kebun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017.
Tidak dilupakan kepada seluruh penduduk kampung Jalan Kebun yg turut memberikan sokongan dan kerjasama kepada kami sebagai pentadbir kampung.
Dengan kemenangan tersebut Kampung Jalan Kebun akan mewakili Daerah Klang ke Pertandingan Peringkat Negeri Selangor nanti.
Sama-sama doakan kampung kita akan terus diberkati Allah swt serta dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat InsyaAllah.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.