Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-59 peringkat Kampung Jalan Kebun

Kg Jalan Kebun, 31 Ogos 2016 - Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-59 peringkat Kampung Jalan Kebun telah di adakan di Padang Rakyat Jalan Kebun anjuran bersama JKKK Kg. Jalan Kebun, Masjid An-Naim dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11. Sambutan yang gilang-gemilang ini dimulakan dengan perarakan kemerdekaan oleh kontinjen kariah-kariah, pertubuhan dan persatuan kampung dari masjid An-Naim ke Padang Rakyat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan deklamasi sajak, silat, basikal berhias, pertandingan mewarna dan anugerah tokoh-tokoh kemerdekaan. Para pemenang pertandingan kemerdekaan juga menerima hadiah masing-masing mengikut kategori pertandingan.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.