Pertandingan Kampung Terbaik Daerah Klang 2017


Kg Jalan Kebun, 30 Julai 2017 - Kampung Jalan Kebun, telah terpilih sekali lagi mewakili Mukim Jalan Kebun di dalam pertandingan Kampung Tradisi Terbaik Daerah Klang 2017 yang akan di pertandingkan pada Ogos  2017 ini.

Pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu menetapkan kriteria pertandingan dengan menitikberatkan dalam soal pengurusan dan pentadbiran kampung yang terletak di bawah Ketua Kampung dan juga Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Antara hadiah yang telah di sediakan kepada pemenang adalah berupa projek pembangunan kampung  bernilai RM20,000 serta lawatan kemanusiaan.

Tuan Haji Salehan Bin Haji Tahir mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua AJK JKKK yang sedang bertungkus lumus membantu beliau di dalam persediaan pertandingan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.