Terpilih mewakili Mukim Jalan Kebun Ke Pertandingan Ketua Kampung Terbaik Selangor 2011

Kg Jalan Kebun, 21 Julai 2011 - Ketua Kampung Jalan Kebun, Tuan Haji Salehan Bin Hj Tahir telah terpilih mewakili Mukim Jalan Kebun di dalam pertandingan Ketua Kampung Tradisi Terbaik Selangor 2011 yang akan di pertandingkan pada Ogos dan September 2011 ini.

Pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu menetapkan kriteria pertandingan dengan menitikberatkan dalam soal pengurusan dan pentadbiran kampung yang terletak di bawah Ketua Kampung dan juga Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Antara hadiah yang telah di sediakan kepada pemenang adalah berupa projek pembangunan kampung  bernilai RM20,000 serta lawatan kemanusiaan.

Tuan Haji Salehan Bin Haji Tahir mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua AJK JKKK yang sedang bertungkus lumus membantu beliau di dalam persediaan pertandingan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.