Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor dan turut di hadiri oleh YB Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda serta Sdr Jaafar Samsudin yang mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.Beg-beg sekolah berjumlah 700 biji tersebut, di sumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan merupakan sebahagian dari komitmen kerajaan Negeri Selangor di dalam misi Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Penerima-penerima sumbangan tersebut terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang di pilih dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500, dan tinggal di dalam DUN Sri Muda seperti Kg Jawa, Jalan Kebun, Bukit Naga Sri Muda dan sekitarnya.
Ketua Kampung Jalan Kebun, Hj Solehan bin Hj Tahir turut hadir bagi meraikan bersama-sama pelajar yang datang dari kampung Jalan Kebun seramai kira-kira 50 orang. _Izha




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.