skip to main |
skip to sidebar
Kg Jalan Kebun, 21 Mei - Menteri Besar Selangor YAB Dato Seri Tan Sri Khalid Ibrahim telah berkunjung ke Masjid AnNaim Kampung Jalan Kebun bagi menunaikan solat Jumaat yang mana kunjungan tersebut merupakan salah satu program beliau bersolat jumaat bersama rakyat semenjak memegang tampuk kerajaan Negeri Selangor.
Beliau tiba pada pukul 12.55 tengahari dengan di iringai oleh YB Suhaimi Shafie dan di sambut oleh Nazir Masjid An-Naim Tuan Hj Shamsudin, Ketua Kampung Tuan Hj Salehan, AJK Masjid serta semua jemaah yang ada di Masjid untuk bersolat jumaat.
Selepas selesai menunaikan solat jumaat, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memberikan ucapan ringkas kepada jemaah Masjid tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan tentang pembangunan yang telah dijalankan serta perancangan di masa hadapan untuk rakyat negeri Selangor.
Selesai ucapan tersebut, para jemaah telah mengambil peluang bersalaman dengan beliau, bertanya khabar dan beramah mesra serta menceritakan masalah yang mereka hadapi.
Pihak pimpinan kampung dan masjid AnNaim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Seri Tan Sri Khalid Ibrahim di atas kesudian datang ke Masjid An-Naim Jalan Kebun untuk solat jumaat bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.